Utama » Servis
servis
Sejak 2014, servis ejen hartanah saya telah jadi pilihan ribuan klien yang menekankan aspek integriti dan ketelusan sebagai keutamaan.
Kepakaran saya
Ribuan pemilik dan pembeli hartanah di seluruh Malaysia yang memanfaatkan servis ejen hartanah saya untuk menyempurnakan transaksi hartanah mereka dengan selamat, sah di sisi undang-undang, dan paling penting — tanpa tekanan yang tidak perlu.
Sebagai ejen hartanah berdaftar (PEA 3833) di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH), saya memberikan khidmat nasihat dan bimbingan menyeluruh kepada klien dari awal hingga selesai.
Setiap servis yang saya sediakan dirangka berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada yang diperhalusi dengan pengalaman sebenar beroperasi di lapangan sejak 2014, dan disesuaikan mengikut keperluan unik setiap pelanggan.
Falsafah Kerja
Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang. Saya tidak menjanjikan rumah akan terjual dalam masa 7 hari atau pada harga tertinggi di pasaran.
Sebaliknya, saya tawarkan:
- Analisis pasaran berasaskan data
- Penilaian harga secara telus
- Strategi pemasaran yang disesuaikan
- Komunikasi yang jujur dan profesional dari awal hingga akhir
Saya tidak menjanjikan penjualan pantas atau harga paling tinggi semata-mata untuk meraih kepercayaan awal. Sebaliknya, saya berpegang pada prinsip ketelusan dan integriti. Setiap data pasaran, laporan transaksi, dan jangkaan masa dijelaskan kepada pemilik rumah secara berterus terang, supaya keputusan dibuat berdasarkan realiti, bukan janji kosong.
Semua ini berdasarkan pengalaman sebenar saya sejak 2014 sebagai seorang ejen hartanah berdaftar dalam mengendalikan urusan servis ejen hartanah dengan integriti dan tanggungjawab.
Servis Penjualan Hartanah
Bantu pemilik menjual hartanah berdasarkan kajian pasaran dan analisis data — merangkumi khidmat penilaian harga, pemasaran, tapisan pembeli, hingga ke rundingan dan urusan pindah milik.
Setiap penjualan dimulakan dengan strategi penetapan harga yang realistik dan berasaskan rekod transaksi semasa. Servis ini turut merangkumi penyediaan bahan pemasaran profesional, pemilihan saluran iklan yang sesuai, serta komunikasi berterusan dengan bakal pembeli yang disaring terlebih dahulu. Fokus saya adalah untuk menjual hartanah anda pada harga adil dalam tempoh yang munasabah — tanpa tekanan, tanpa janji kosong.
Servis Pembelian Hartanah
Bimbing pembeli mengenal pasti hartanah sesuai, semakan kelayakan pembiayaan, konsultansi kewangan, lawatan tapak, rundingan harga, dan pengurusan transaksi pindahmilik serta dokumentasi perundangan.
Servis ini amat sesuai untuk pembeli rumah pertama, pelabur, atau mereka yang ingin menukar kediaman. Saya akan membantu mengenal pasti lokasi terbaik mengikut bajet, membuat semakan status hartanah, dan menyemak kesesuaian pinjaman bank atau LPPSA. Segala proses termasuk pemilihan ejen peguam, semakan S&P dan nasihat risiko pembelian akan dibimbing secara profesional sehingga selesai urusan pemilikan.
Servis Pembiayaan Hartanah
Urus aplikasi pembiayaan bagi pembelian rumah, tanah atau pembinaan — termasuk semakan kelayakan, susun dokumen, konsultansi pilihan bank/LPPSA yang sesuai, serta mendapatkan pakej dan fasiliti pembiayaan yang terbaik.
Saya bantu mengenal pasti jenis pinjaman yang sesuai dengan profil kewangan anda — sama ada pinjaman bank konvensional, Islamik, atau LPPSA bagi penjawat awam. Servis ini juga merangkumi pengiraan DSR (Debt Service Ratio), susun atur dokumen sokongan, serta penilaian pakej bank daripada segi kadar faedah dan kos tersembunyi. Tujuannya adalah untuk memastikan anda mendapat pembiayaan yang paling optimum dan berbaloi.
Add Your Heading Text Here
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Add Your Heading Text Here
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Add Your Heading Text Here
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
